Thursday, January 19, 2012

32 weeks

Yeayyyyyy...mari meraikan bulan ke-8.....alhamdullillah sudah sampai stage ni. Sangat terharu bila kenangkan balik bulan-bulan yang ditinggalkan. Nak-nak 4 bulan pertama, hazab mak!!!!...rasa cam tak sanggup nak ulang tang tu jaaa....terbaring, melepek, lemah, muntah, migrain, takleh tengok matahari....owh owh owh dan owh...tak sanggup nak lalui lagi!!!!

Masuk minggu bulan lapan ni, dapat 'hadiah' jugak lagi....DEMAM....perghhhhh TERBAEK!!!!!memang kaw kaw punya demam...semua pakej dapat, demam, sakit tekak, selsema. Akhirnya badan mengalah jugak pada kuman-kuman ni. Punyalah berjaga-jaga takut demam, dah dekat-dekat ni dapat jugak. Adoiiiiyaiiiii....

Harap anak ibu tabah dan sabar ea. Ibu memang pastikan tak ambil ubat yang memudaratkan anak okeh. Ibu makan vitamin ibu je sambil makan buah banyak. Ibu sangat harapkan speedy recovery....kita doa sama-sama ye sayang!

P/S: Abahnya pun sibuk jugak demam...adoooiiiiiiyaiiiii

Saturday, January 14, 2012

31 minggu...

Okeh hadirin..sudah berganjak ke 31 minggu...berdebar????sikit-sikit.....otak asyik dok pikir camne la nak bersalin depan doktor lelaki ni??...nampak gayanya fizikal kena bagi tiptop sikit, biar presentable sikit time nak teran...kikikiki...

Jumpa misi khamis lepas, takde masalah. Berat naik 100g je...hb okeh...well done la semua...*tepuk..tepuk*...misi cuma bising suruh packing barang siap-siap je...dia risau takut 32 minggu nanti "terkeluar"....harap-harap anak ibu tak macam tu...keluar bila sampai masa ye anak!!!

Urat-urat ala gedik-gedik pun dah sangat menular dengan nyatanya di perut. Dah tak larat nak cover dah, sudah lebih kepada redha je. Harap dah bersalin nanti, semuanya hilang dengan sendiri..:)
Gambar hiasan


Kaki dah start bengkak-bengkak dengan jayanya. Walaupun demikian masih gagah mentawaf setiap inci pasaraya terpilih bagi menyedapkan tekak sebelum berpuasa selama 44 hari yang belum pasti bagaimana corak menunya nanti. Sebelum ibu asyik menitik air liur time pantang nanti, baiklah berkejar mengisi tembolok sementara sempat!

Jalan sudah ala-ala penguin walk...comel gitu...*walaupun hazab, mak redha nak*

Huh..moga dipermudahkan semuanya...erk tungku penting ke nak guna time pantang???anyone???
comelkan???


Tuesday, January 10, 2012

Seram...eeeeeeee

Sebab malam tadi ader citer seram keliwon...so entri saya ari ni pun spesis keliwon gak....*mode seram*

Kisah 1:
kak lang tgh bawak kete kat ronda2 malam hari tgk panorama putrajaya...dalam kete ader kak lang, kak nik, mak kak nik dan adik kak nik yang bongsu (masa citer nie dia kecik lagi dalam 3-4 tahun kot)

tengah kak lang syok2 nak buat korner baring kat roundabout putrajaya sambil bz ngumpat ngan kak nik, tiba-tiba adik kak nik jerit "syut...syut..diam..diam...ader mata merah" (percakapan dalam bahasa pelat telah diterjemahkan dalam bahasa melayu mudah paham) adik kak nik cakap sambil tekup muka.....

Seme dalam kereta diam...esoknya masing-masing kena demam terkujat. Moral of the story jangan la bawak bebudak jalan malam-malam...mata diorang nampak macam-macam..eeeee


Kisah 2:
Kejadian berlaku di Muadzam Shah. Saya tengah buat keje skolah kat meje dalam bilik casper pastu munirah (anak angah) masuk then cepat-cepat kuar semula...saya buat dono jew..bebudak kalau layan buat semak je...hehehe

bila time tido, dia bole tanya dengan selamba tenuknya.."mak ndak nape kawan mak ndak xde kaki? kawan mana? kawan yg buat keje sekolah sama ngan mak ndak tadi la, yg duduk sebelah mak ndak tu...

Saya cuma mampu terkesima...perghhhhh hampeh tul budak munirah ni!!!!!


Kisah 3:
Kisah ni jadi tahun lepas(2011). Saya tengah mengandung dalam 4-5 bulan kot. On the way dari Kuala Lumpur nak balik ke Bandar Tenggara. Kejadian berlaku sekitar jam 3-4 pagi. Entiti pertama dikesan sekitar roundabout kedua, betul-betul di kedai jual pisang goreng. Entiti cuma tunduk dan berwarna putih.

Entiti kedua dilihat di satu ladang kelapa sawit yang tengah dalam proses tanam semula, mungkin disekitar felda ulu penggeli kalau tak silaplah....suami tegur sebab dia nampak entiti tu seakan-akan sedang memadamkan kebakaran. Saya cuma diam dan terus memecut laju sebab saya hanya nampak sekujur tubuh yang berbalut kain putih.

Entiti terakhir dijumpai kira-kira 10m sebelum sampai ke ladang cenas. Hanya nampak lambaian kain putih yang mulanya saya sangka kepak burung. Tak berani langsung nak toleh, saya dan suami hanya berpegangan tangan sambil baca ayat kursi sambil kaki terus tekan pedal minyak laju-laju.

Kesemua entiti tersebut dijumpai dalam suasana yang seram *macam dalam cite-cite kat tv tu*;
  1. Takde langsung kereta lalu, dah lepas jumpa baru ada bertembung dengan kereta.
  2. Sebelum nak jumpa, kabus tebal akan melanda.
  3. Kenapalah time saya drive nak jumpa...saya trauma sungguh!!!!
  4. Nak dijadikan cerita, malam tu pun takde langsung mat-mat rempit berlumba..ishhhh

P/S: Kisah 1 dan 2 saya dah peram dalam draft berzaman kurun dah. Saya trauma dan trauma

Tuesday, January 3, 2012

Bahasa melambangkan Bangsa...perghhhh!!!!

Kadang-kadang manusia ni ada yang kurang ilmu sikit. Kenapa? sebab kadang-kadang bila nak bertutur kata tak pandai nak guna bahasa yang sopan. Bukan tak boleh menegur, tapi bahasa tu selalunya memainkan peranan.

Itu kes yang tegur secara mulut ke mulut *bukan bercium ea*. Ada kes yang main tegur dalam FB ni selalunya mengundang padah. Tegur melalui penulisan susah nak tafsir perasaan orang yang melafazkannya. Saya banyak kali terkena dengan orang sebegini yang tegur melalui FB. Nak tegur tapi maksud kelaut....sudahnya maksud tak sampai, hati pulak yang terluka.

Ada pulak yang cuma nak melawak tapi tak kena tempat dan selalunya isu-isu sensitif dengan alasan tak mahu jadikan perkara itu serius so nak ceriakan suasana buat lawak mengarut....WTH!

Manusia sememangnya tidak sempurna termasuklah saya. Namun tutur kata, gurauan ada had. Bab kahwin, mengandung, kematian atau kehilangan memang sensitif. Silap haribulan boleh putus kawan woooo....Kalau rasa mampu tegur elok-elok atau PM sahaja, kalau tak mampu diam saja sudaaaaa....hidekan saja story dia. Tak baca tak tambah dosa.

Moga menjadi pedoman untuk saya!

Sunday, January 1, 2012

Memoir 2011

Allah...dah melangkah ke tahun 2012 pun, Tak sempat pun nak buat kesimpulan kehidupan sepanjang 2011...takpe dah masuk tahun baru pun, tetap mahu menempek gambar kenangan tahun lepas. Buat ingatan abadi, bawa ke mati....


BIL kahwin


berita yang dinanti


meet-up pertama DPIM setelah sekian lama



Bercuti ke Genting


Menyambut anniversary pertama(dapat hadiah basikal couple)


Ada lagi kenangan yang belum ditempek...slow-slow nanti tambah lagi...