Thursday, February 16, 2012

sweet 36 weeks

Sangat sweet bila sekarang ni time nak tido je, mr.partner mesti ajak. Dah takde lagi tengok tv sampai tengah malam sorang-sorang.

Sampai masa mesti mr.partner panggil masuk tido. Kadang-kadang bukan saya tido pun, just temankan mr.partner sampai dia tido dulu pastu saya akan duk ngadap laptop sampai kul 1-2pagi....

Baru rasa cam kawin betul-betul. Sebelum ni, jarang saya teman dia tido. Selalu masing-masing buat hal sendiri. MFD betul-betul bawa rezeki pada saya.

Hubungan kami tambah erat. Serius, saya memang tak boleh hidup tanpa mr.partner saya dah.

Owh, saya dah cukup 9 bulan...agak-agak bila MFD nak keluar ea...keluar cepat ea sayang, ibu ngan abah dah tak sabar nak jumpa. abah lagilah..dah tak sabar nak cuci montot MFD..:D

'abah, wait for me ea...'

Tuesday, February 14, 2012

Jumie Samsudin: 8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang ...

Jumie Samsudin: 8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang ...: U olls! Hari ini akak nak buat top ten lagi! Tajuk Top Ten hari ini adalah "8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang Kapel Monyet...


p/s: sila baca dengan hati yang tenang dan waras...mak memang 100% setuju dengan artikel ni!

Tuesday, February 7, 2012

Merajuk

Sungguh tak sangka rupanya mr.partner pandai pujuk. Kisah simple ni bermula begini, saya merajuk kerana long ada hantar pos ekspress tapi lewat sampai dari masa yang sepatutnya dan long agak 'meroyan' call saya beberapa kali sehari bertanyakan tentang pos ekspress tu.

Justeru itu, saya pun cakap kat mr.partner suruh pegi tengok setiap masa. Then mr.partner dengan suara kerek cakap "takdelah...biarlah, kalau hilang pun buat je la yang baru". Saya terus sentap dan ignore dia terus. Hati saya memang dah menangis dah, tapi kat muka tak tunjuk lagi...mr.partner dah pegi kerja baru saya menangis puas-puas. *imej kena jaga beb, apa barang nangis depan laki*

Sampai la kemalam saya memang tak bercakap sepatah haram pun dengan mr.patner. Dalam merajuk-merajuk pun, makan malam tetap siapkan*tau dia lapar dan sebab sayanglah*. Mr.partner memang berusaha bercakap ngan saya, macam-macam tanya tapi saya buat dek je. Kat hati memang kesian, tapi sebab sentap punya pasal sanggup buat bodo*menangis*

Pastu mr.partner ajak kuar gi 7E...pun saya buat tak tau je. Last-last dia kuar sorang*jarang tau antara kami kuar sorang-sorang*

Mr.partner kuar, saya pun tarik selimut...tido. Set jam nak bangun pukul 10 tengok 30minit bersama Ustaz Don. sampai masa, saya bangun gi tengok tv. Tengok-tengok atas meja telefon ada air fanta strawberry dan 'oreo' tiruan.Terus hati sejuk dan melted. Pandai mr.partner pujuk...terus tak jadi merajuk dah...hehehe


B, minta ampun dan maaf....sayang yang TERAMAT SAYANG!!!!!

Thursday, February 2, 2012

33-34 minggu

walaweiiiii...dah 34 minggu...adooiiiyaiiii...mak memang dah tak larat bebeno. Jalan dah memang kengkang walk dah. Jangan harap nak catwalk gedik-gedik lagik!

Perut dah membulat dengan jayanya. Mengeras je la pulak keje si anak *ibu memang dah tak sabar nak lepuk montot anak okke*. Nak tawaf pasaraya, mak minta maaf awal-awal....sungguh tak mampu dah. Selamat barang-barang anak dah lengkap semua.

Harap MFD keluar dengan selamat..amin!