Saturday, July 28, 2012

Fahim obses...





Ye, saya tau memang Fahim cute ^_^

Fahim tumbuh gigi

Hoi...hebat sungguh penangan fahim..bayangkan dekat 4 bulan baru dapat update blog...pffffffff..bajetla ko salana..cakap jela ko malas..asyik nak membeli  melihat CD-CD je...:)

Sebenarnya hajat nak update blog ni bila tahu fahim dah start tumbuh gigi hari ni...danggggg...sikit punya jauh dah tinggal nak update perkembangan fahim..kunun janji time ngandung nak update setiap masa pasal fahim, harammmmmm.....kelaut semuanya...mana x kelaut, setiap masa dok kelek budak demok tu..mana ada masa....

Rasa cam tak puas lagi gomol-gomol fahim...tup-tup dah ada gigi..cepatnya masa berlalu. Tak sempat ibu nak catch-up tau...jom kite semak milestone fahim setakat 4 bulan ni...jeng...jeng..jeng....


  • Pandai membebel
  • Pandai senyum/ketawa
  • Pandai agah orang
  • Dah start meniarap
  • Duk asyik naikkan badan nak bangun sendiri
  • Kalau duduk atas riba ibu, sure mengelongsor nak turun bawah
  • Pandai pegang botol susu sendiri
  • Dah tumbuh gigi
Rasa camtu je..takpe nanti kite tambah lagi dari masa ke semasa...




cutekan:)

Thursday, June 28, 2012

Tensi

tensen...xleh upload gambar..apa punya ipad la nieee..haih!!!!

Wednesday, March 14, 2012

only 1 day remaining

Already bleeding..tapi jalan tak buka..oke..fine!!!!

Thursday, March 1, 2012

seram lagi...tapi bukan kisah mistik!!!!

pffffff..malas sungguh nak update blog semenjak dua menjak ni. Takde story mory yang menarik untuk dipaparkan...semuanya berkeadaan biasa dan normal. Perut besar+mengah+malas+kaki bengkak..eh...eh..eh...semuanya menyumbang kepada mood untuk berhibernasi je...yup..mahu membesarkan badan je...dengan harapan dalam tempoh yang tinggal seciput ini dapat dinikmati dengan amannya....sebelum ketibaan MFD yang tah bila nak keluar ni.....haih!!!!

Sebut pasal hibernasi ni...malam-malam selalu tak dapat tido dengan lena. Selain dari gangguan si MFD yang asyik menekan-nekan pundi kencing ibu yang-menyebabkan-ibu-asyik-nak-terkencing-setiap-setengah-jam-sekali, gangguan dari mr.partner adalah sangat horror jugak. Ye, sangat seram okke...minggu ni mr.partner memang sibuk, sibuk ngalahkan menteri...jadi mr. partner adalah sangat penat...so selalu tido awal..dan yang start nightmarenya adalah kelasakan mr.patrner yang terlampau...benar sekali, kelasakan mr.partner yang acapkali tersepak@terpukul perut adalah sangat menakutkan...malam kelmarin yang lepas, tah apa yang mr.partner mimpi, beliau tanpa segan silu telah mencakar-cakar belakang saya...seram okke...

Mungkin mr.partner penat sangat kot...tapi siriyes saya selalu tak lena tido..takut sungguh kalau mr.partner terpukul perut...

MFD cepatlah keluar..boleh tolong ibu lepuk abah kalau abah lasak tido!..owh saya dah 38 minggu..pagi kang nak buat checkup kat klinik..sabtu appointment ngan O&G..haih!!!!

Thursday, February 16, 2012

sweet 36 weeks

Sangat sweet bila sekarang ni time nak tido je, mr.partner mesti ajak. Dah takde lagi tengok tv sampai tengah malam sorang-sorang.

Sampai masa mesti mr.partner panggil masuk tido. Kadang-kadang bukan saya tido pun, just temankan mr.partner sampai dia tido dulu pastu saya akan duk ngadap laptop sampai kul 1-2pagi....

Baru rasa cam kawin betul-betul. Sebelum ni, jarang saya teman dia tido. Selalu masing-masing buat hal sendiri. MFD betul-betul bawa rezeki pada saya.

Hubungan kami tambah erat. Serius, saya memang tak boleh hidup tanpa mr.partner saya dah.

Owh, saya dah cukup 9 bulan...agak-agak bila MFD nak keluar ea...keluar cepat ea sayang, ibu ngan abah dah tak sabar nak jumpa. abah lagilah..dah tak sabar nak cuci montot MFD..:D

'abah, wait for me ea...'

Tuesday, February 14, 2012

Jumie Samsudin: 8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang ...

Jumie Samsudin: 8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang ...: U olls! Hari ini akak nak buat top ten lagi! Tajuk Top Ten hari ini adalah "8 Perkara Yang Kak Merr Paling Menyampah Tentang Kapel Monyet...


p/s: sila baca dengan hati yang tenang dan waras...mak memang 100% setuju dengan artikel ni!

Tuesday, February 7, 2012

Merajuk

Sungguh tak sangka rupanya mr.partner pandai pujuk. Kisah simple ni bermula begini, saya merajuk kerana long ada hantar pos ekspress tapi lewat sampai dari masa yang sepatutnya dan long agak 'meroyan' call saya beberapa kali sehari bertanyakan tentang pos ekspress tu.

Justeru itu, saya pun cakap kat mr.partner suruh pegi tengok setiap masa. Then mr.partner dengan suara kerek cakap "takdelah...biarlah, kalau hilang pun buat je la yang baru". Saya terus sentap dan ignore dia terus. Hati saya memang dah menangis dah, tapi kat muka tak tunjuk lagi...mr.partner dah pegi kerja baru saya menangis puas-puas. *imej kena jaga beb, apa barang nangis depan laki*

Sampai la kemalam saya memang tak bercakap sepatah haram pun dengan mr.patner. Dalam merajuk-merajuk pun, makan malam tetap siapkan*tau dia lapar dan sebab sayanglah*. Mr.partner memang berusaha bercakap ngan saya, macam-macam tanya tapi saya buat dek je. Kat hati memang kesian, tapi sebab sentap punya pasal sanggup buat bodo*menangis*

Pastu mr.partner ajak kuar gi 7E...pun saya buat tak tau je. Last-last dia kuar sorang*jarang tau antara kami kuar sorang-sorang*

Mr.partner kuar, saya pun tarik selimut...tido. Set jam nak bangun pukul 10 tengok 30minit bersama Ustaz Don. sampai masa, saya bangun gi tengok tv. Tengok-tengok atas meja telefon ada air fanta strawberry dan 'oreo' tiruan.Terus hati sejuk dan melted. Pandai mr.partner pujuk...terus tak jadi merajuk dah...hehehe


B, minta ampun dan maaf....sayang yang TERAMAT SAYANG!!!!!

Thursday, February 2, 2012

33-34 minggu

walaweiiiii...dah 34 minggu...adooiiiyaiiii...mak memang dah tak larat bebeno. Jalan dah memang kengkang walk dah. Jangan harap nak catwalk gedik-gedik lagik!

Perut dah membulat dengan jayanya. Mengeras je la pulak keje si anak *ibu memang dah tak sabar nak lepuk montot anak okke*. Nak tawaf pasaraya, mak minta maaf awal-awal....sungguh tak mampu dah. Selamat barang-barang anak dah lengkap semua.

Harap MFD keluar dengan selamat..amin!

Thursday, January 19, 2012

32 weeks

Yeayyyyyy...mari meraikan bulan ke-8.....alhamdullillah sudah sampai stage ni. Sangat terharu bila kenangkan balik bulan-bulan yang ditinggalkan. Nak-nak 4 bulan pertama, hazab mak!!!!...rasa cam tak sanggup nak ulang tang tu jaaa....terbaring, melepek, lemah, muntah, migrain, takleh tengok matahari....owh owh owh dan owh...tak sanggup nak lalui lagi!!!!

Masuk minggu bulan lapan ni, dapat 'hadiah' jugak lagi....DEMAM....perghhhhh TERBAEK!!!!!memang kaw kaw punya demam...semua pakej dapat, demam, sakit tekak, selsema. Akhirnya badan mengalah jugak pada kuman-kuman ni. Punyalah berjaga-jaga takut demam, dah dekat-dekat ni dapat jugak. Adoiiiiyaiiiii....

Harap anak ibu tabah dan sabar ea. Ibu memang pastikan tak ambil ubat yang memudaratkan anak okeh. Ibu makan vitamin ibu je sambil makan buah banyak. Ibu sangat harapkan speedy recovery....kita doa sama-sama ye sayang!

P/S: Abahnya pun sibuk jugak demam...adoooiiiiiiyaiiiii

Saturday, January 14, 2012

31 minggu...

Okeh hadirin..sudah berganjak ke 31 minggu...berdebar????sikit-sikit.....otak asyik dok pikir camne la nak bersalin depan doktor lelaki ni??...nampak gayanya fizikal kena bagi tiptop sikit, biar presentable sikit time nak teran...kikikiki...

Jumpa misi khamis lepas, takde masalah. Berat naik 100g je...hb okeh...well done la semua...*tepuk..tepuk*...misi cuma bising suruh packing barang siap-siap je...dia risau takut 32 minggu nanti "terkeluar"....harap-harap anak ibu tak macam tu...keluar bila sampai masa ye anak!!!

Urat-urat ala gedik-gedik pun dah sangat menular dengan nyatanya di perut. Dah tak larat nak cover dah, sudah lebih kepada redha je. Harap dah bersalin nanti, semuanya hilang dengan sendiri..:)
Gambar hiasan


Kaki dah start bengkak-bengkak dengan jayanya. Walaupun demikian masih gagah mentawaf setiap inci pasaraya terpilih bagi menyedapkan tekak sebelum berpuasa selama 44 hari yang belum pasti bagaimana corak menunya nanti. Sebelum ibu asyik menitik air liur time pantang nanti, baiklah berkejar mengisi tembolok sementara sempat!

Jalan sudah ala-ala penguin walk...comel gitu...*walaupun hazab, mak redha nak*

Huh..moga dipermudahkan semuanya...erk tungku penting ke nak guna time pantang???anyone???
comelkan???


Tuesday, January 10, 2012

Seram...eeeeeeee

Sebab malam tadi ader citer seram keliwon...so entri saya ari ni pun spesis keliwon gak....*mode seram*

Kisah 1:
kak lang tgh bawak kete kat ronda2 malam hari tgk panorama putrajaya...dalam kete ader kak lang, kak nik, mak kak nik dan adik kak nik yang bongsu (masa citer nie dia kecik lagi dalam 3-4 tahun kot)

tengah kak lang syok2 nak buat korner baring kat roundabout putrajaya sambil bz ngumpat ngan kak nik, tiba-tiba adik kak nik jerit "syut...syut..diam..diam...ader mata merah" (percakapan dalam bahasa pelat telah diterjemahkan dalam bahasa melayu mudah paham) adik kak nik cakap sambil tekup muka.....

Seme dalam kereta diam...esoknya masing-masing kena demam terkujat. Moral of the story jangan la bawak bebudak jalan malam-malam...mata diorang nampak macam-macam..eeeee


Kisah 2:
Kejadian berlaku di Muadzam Shah. Saya tengah buat keje skolah kat meje dalam bilik casper pastu munirah (anak angah) masuk then cepat-cepat kuar semula...saya buat dono jew..bebudak kalau layan buat semak je...hehehe

bila time tido, dia bole tanya dengan selamba tenuknya.."mak ndak nape kawan mak ndak xde kaki? kawan mana? kawan yg buat keje sekolah sama ngan mak ndak tadi la, yg duduk sebelah mak ndak tu...

Saya cuma mampu terkesima...perghhhhh hampeh tul budak munirah ni!!!!!


Kisah 3:
Kisah ni jadi tahun lepas(2011). Saya tengah mengandung dalam 4-5 bulan kot. On the way dari Kuala Lumpur nak balik ke Bandar Tenggara. Kejadian berlaku sekitar jam 3-4 pagi. Entiti pertama dikesan sekitar roundabout kedua, betul-betul di kedai jual pisang goreng. Entiti cuma tunduk dan berwarna putih.

Entiti kedua dilihat di satu ladang kelapa sawit yang tengah dalam proses tanam semula, mungkin disekitar felda ulu penggeli kalau tak silaplah....suami tegur sebab dia nampak entiti tu seakan-akan sedang memadamkan kebakaran. Saya cuma diam dan terus memecut laju sebab saya hanya nampak sekujur tubuh yang berbalut kain putih.

Entiti terakhir dijumpai kira-kira 10m sebelum sampai ke ladang cenas. Hanya nampak lambaian kain putih yang mulanya saya sangka kepak burung. Tak berani langsung nak toleh, saya dan suami hanya berpegangan tangan sambil baca ayat kursi sambil kaki terus tekan pedal minyak laju-laju.

Kesemua entiti tersebut dijumpai dalam suasana yang seram *macam dalam cite-cite kat tv tu*;
  1. Takde langsung kereta lalu, dah lepas jumpa baru ada bertembung dengan kereta.
  2. Sebelum nak jumpa, kabus tebal akan melanda.
  3. Kenapalah time saya drive nak jumpa...saya trauma sungguh!!!!
  4. Nak dijadikan cerita, malam tu pun takde langsung mat-mat rempit berlumba..ishhhh

P/S: Kisah 1 dan 2 saya dah peram dalam draft berzaman kurun dah. Saya trauma dan trauma

Tuesday, January 3, 2012

Bahasa melambangkan Bangsa...perghhhh!!!!

Kadang-kadang manusia ni ada yang kurang ilmu sikit. Kenapa? sebab kadang-kadang bila nak bertutur kata tak pandai nak guna bahasa yang sopan. Bukan tak boleh menegur, tapi bahasa tu selalunya memainkan peranan.

Itu kes yang tegur secara mulut ke mulut *bukan bercium ea*. Ada kes yang main tegur dalam FB ni selalunya mengundang padah. Tegur melalui penulisan susah nak tafsir perasaan orang yang melafazkannya. Saya banyak kali terkena dengan orang sebegini yang tegur melalui FB. Nak tegur tapi maksud kelaut....sudahnya maksud tak sampai, hati pulak yang terluka.

Ada pulak yang cuma nak melawak tapi tak kena tempat dan selalunya isu-isu sensitif dengan alasan tak mahu jadikan perkara itu serius so nak ceriakan suasana buat lawak mengarut....WTH!

Manusia sememangnya tidak sempurna termasuklah saya. Namun tutur kata, gurauan ada had. Bab kahwin, mengandung, kematian atau kehilangan memang sensitif. Silap haribulan boleh putus kawan woooo....Kalau rasa mampu tegur elok-elok atau PM sahaja, kalau tak mampu diam saja sudaaaaa....hidekan saja story dia. Tak baca tak tambah dosa.

Moga menjadi pedoman untuk saya!

Sunday, January 1, 2012

Memoir 2011

Allah...dah melangkah ke tahun 2012 pun, Tak sempat pun nak buat kesimpulan kehidupan sepanjang 2011...takpe dah masuk tahun baru pun, tetap mahu menempek gambar kenangan tahun lepas. Buat ingatan abadi, bawa ke mati....


BIL kahwin


berita yang dinanti


meet-up pertama DPIM setelah sekian lama



Bercuti ke Genting


Menyambut anniversary pertama(dapat hadiah basikal couple)


Ada lagi kenangan yang belum ditempek...slow-slow nanti tambah lagi...