Tuesday, January 3, 2012

Bahasa melambangkan Bangsa...perghhhh!!!!

Kadang-kadang manusia ni ada yang kurang ilmu sikit. Kenapa? sebab kadang-kadang bila nak bertutur kata tak pandai nak guna bahasa yang sopan. Bukan tak boleh menegur, tapi bahasa tu selalunya memainkan peranan.

Itu kes yang tegur secara mulut ke mulut *bukan bercium ea*. Ada kes yang main tegur dalam FB ni selalunya mengundang padah. Tegur melalui penulisan susah nak tafsir perasaan orang yang melafazkannya. Saya banyak kali terkena dengan orang sebegini yang tegur melalui FB. Nak tegur tapi maksud kelaut....sudahnya maksud tak sampai, hati pulak yang terluka.

Ada pulak yang cuma nak melawak tapi tak kena tempat dan selalunya isu-isu sensitif dengan alasan tak mahu jadikan perkara itu serius so nak ceriakan suasana buat lawak mengarut....WTH!

Manusia sememangnya tidak sempurna termasuklah saya. Namun tutur kata, gurauan ada had. Bab kahwin, mengandung, kematian atau kehilangan memang sensitif. Silap haribulan boleh putus kawan woooo....Kalau rasa mampu tegur elok-elok atau PM sahaja, kalau tak mampu diam saja sudaaaaa....hidekan saja story dia. Tak baca tak tambah dosa.

Moga menjadi pedoman untuk saya!

No comments: