Thursday, December 22, 2011

Minggu ke-28

Alhamdullillah...sudah menginjak bulan ke tujuh. Menantikan kehadiran anak ini umpama menanti nk dapat bonus:)...perasaan risau..gembira bercampur baur. Besar harapan agar anak ini dapat lahir kedunia dengan sempurna sifat. Menjadi anak yang soleh, yang hadir kerana ingin menegakkan agama Allah dan matinya juga adalah syahid kejalan Allah. Wahhhhh...besar sungguh harapan ibu, anak...

Persiapan untuk anak setakat ini berjalan lancar. Kesihatan ibu juga berada dalam keadaan yang memuaskan walaupun senantiasa ditakut-takutkan oleh misi kerajaan. Dah memang kerja misi camtu, nak buat camne ye tak...sabar dan tawakal je la. Azab minum air gula dah tamat...mintak-mintak hasilnya adalah baik. Berdebar jugak takut kantoi..tapi redhakan je la......:)

Sangat tidak sabar menanti bulan tiga!

No comments: