Tuesday, February 7, 2012

Merajuk

Sungguh tak sangka rupanya mr.partner pandai pujuk. Kisah simple ni bermula begini, saya merajuk kerana long ada hantar pos ekspress tapi lewat sampai dari masa yang sepatutnya dan long agak 'meroyan' call saya beberapa kali sehari bertanyakan tentang pos ekspress tu.

Justeru itu, saya pun cakap kat mr.partner suruh pegi tengok setiap masa. Then mr.partner dengan suara kerek cakap "takdelah...biarlah, kalau hilang pun buat je la yang baru". Saya terus sentap dan ignore dia terus. Hati saya memang dah menangis dah, tapi kat muka tak tunjuk lagi...mr.partner dah pegi kerja baru saya menangis puas-puas. *imej kena jaga beb, apa barang nangis depan laki*

Sampai la kemalam saya memang tak bercakap sepatah haram pun dengan mr.patner. Dalam merajuk-merajuk pun, makan malam tetap siapkan*tau dia lapar dan sebab sayanglah*. Mr.partner memang berusaha bercakap ngan saya, macam-macam tanya tapi saya buat dek je. Kat hati memang kesian, tapi sebab sentap punya pasal sanggup buat bodo*menangis*

Pastu mr.partner ajak kuar gi 7E...pun saya buat tak tau je. Last-last dia kuar sorang*jarang tau antara kami kuar sorang-sorang*

Mr.partner kuar, saya pun tarik selimut...tido. Set jam nak bangun pukul 10 tengok 30minit bersama Ustaz Don. sampai masa, saya bangun gi tengok tv. Tengok-tengok atas meja telefon ada air fanta strawberry dan 'oreo' tiruan.Terus hati sejuk dan melted. Pandai mr.partner pujuk...terus tak jadi merajuk dah...hehehe


B, minta ampun dan maaf....sayang yang TERAMAT SAYANG!!!!!

No comments: